Klasifikasi Ujian
- Ujian Rujukan Norma (Sumatif)
- Ujian Rujukan Kriteria (Formatif)
- Ujian Rujukan Norma - membandingkan prestasi seorang individu dengan individu yang lain.
- Ujian Rujukan Kriteria - menentukan taraf pencapaian seorang individu yang dikehendaki dalam satu bidang kemahiran.
Prinsip-prinsip Ujian :
- kesahan - meliputi kesemua tajuk kemahiran, mengukur secara tepat semua perkara yang hendak diukur.
- kesahan isi - menguji isi kandungan mata pelajaran.
- kesahan gagasan - soalan memiliki nilai-nilai tingkah laku (kognitif, psikomotor, afektif), terdapat soalan yang merujuk kepada hipotesis (kesimpulan awal)
- kesahan ramalan - soalan-soalan yang dikemukakan berunsur jangkaan.
- keobjektifan - kriteria pemarkahan
- kebolehtadbiran - pengendalian ujian (menepati masa ujian, persekitaran ujian yang selesa, dan lain-lain)
- kemudahtafsiran - hasil pencapaian calon dapat ditafsiran dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaiaannya
Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif
Ujian Formatif
- Mengecam pencapaian murid mengikut sesuatu kemahiran
- Dijalankan secara formal atau tidak formal (teknik kuiz, soal jawab, dan sebagainya)
- Berlaku dalam jangka masa yang pendek (selepas murid memperlajari sesuatu kemahiran)
- Dilaksanakan secara berterusan.
- Tajuk atau soalan yang diuji adalah terhad.
- Aras kesukaran soalan berubah-ubah.
- Tatabahasa kurang dipentingkan (teknik soal jawab)
- Markah yang diperoleh oleh murid adalah umum (lulus ataupun gagal)
- Contoh : Ujian bulanan
Ujian Sumatif
- Mengesan pencapaian murid secara keseluruhan (pada akhir pembelajaran kesemua kemahiran)
- Dijalankan secara formal pada waktu yang telah ditetapkan
- Tempoh masa adalah panjang iaitu setelah kesemua kemahiran dipelajari oleh murid)
- Dijalankan untuk proses pensijilan
- Contoh : UPSR, PMR, SPM,STPM, dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment