? ??????????????Purple Love Circles? ????? ?? ???Rating: 3.0 (2 Ratings)??0 Grabs Today. 1360 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????Love NYC? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 226 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, September 28, 2009

Kaedah Penilaian Bahasa

Kontrak Pembelajaran

  • juga dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran iaitu suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar ( individu / kumpulan)
  • dilakukan secara bertulis.
  • meliputi kriteria yang berkaitan dengan penghasilan tugasan iaitu :
  1. Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan - tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan?
  2. Bagaimana tugasan itu dilaksanakan
  3. Berapa lama tugasan tersebut perlu disiapkan
  4. konsekuen yang diterima oleh pihak yang gagal memenuhi atau mematuhi kontrak yang telah dibuat (penolakan markah)
  • Ditandatangani apabila kedua belah pihak bersetuju dengan kriteria / syarat yang disenaraikan.
  • Terdapat kompromi dalam kriteria yang dikenakan
  • Kriteria ditetapkan oleh guru
  • Fungsi Kontrak Pembelajaran
  1. Pelajar mengenal pasti & merekod
  2. Menetapkan objektif & matlamat pembelajaran kendiri
  3. Kenal pasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut
  4. Tetapkan jangka masa pelaksanaan & penghasilannya
  5. Pamerkan bukti yang menunjukkan objektif telah tercapai
  6. Tentukan bagaimana & pada tahap mana pencapaian matlamat/tugasan dinilai
  7. Beri peluang kpd pelajar untuk tentukan matlamat pembelajaran mengikut minat & keupayaan masing-masing
  8. Hasilkan kerja yang terancang
  9. Bantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan
  • Kontrak pembelajaran digunakan dalam pelbagai cara mengikut tahap penglibatan pelajar dalam menentukan kaedah, objektif, dan penilaian tugasan yang diberi.
  • Cara-cara
  1. Penilaian objektif tugasan
  • Guru tentukan objektif, manakala pelajar tetapkan strategi pelaksanaan
  • Guru sarankan beberapa set objektif, kemudia pelajar pilih mana-mana yang difikirkan paling sesuai
  • Pelajar rangka beberapa objektif, kemudian guru persetujui mana2 yang paling sesuai

2. Hasil pembelajaran

  • Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb.
  • Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru

3. Penilaian

  • Pelajar nyatakan gred akademik yang diharapkan & sistem penggredan untuk keseluruhan dalam kontrak mereka
  • Guru tentukan sistem penggredan & kaedah penilaian keseluruhan proses serta hasil tugasan
  • Gred terakhir boleh dibincangkan. Kompromi di antara guru & pelajar berdasarkan syarat-syarat / kriteria tertentu
  • Dibuat oleh individu berkenaan & rakan sebaya

4. Format / bentuk

  • Keperluan tugasan/kontrak boleh dibuat dalam mengikut bentuk keperluan tugasan/kontrak & pihak yang terlibat
  • Sesetengah kontrak/tugasan berbentuk formal; prosedur dinyatakan dengan jelas & rapi
  • Terdapat juga berbentuk tidak formal tetapi terancang & jelas

  • Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya tidak terjejas.
  • Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan. Senarai semak mesti disusun bersama penghasilan dan penilaian tugasan ataupun ditetapkan oleh guru dan dibentangkan kepada pelajar semasa membuat negotiation sebelum mematrikan kontrak.
  • Matlamat yang hendak dicapai semasa melalukan tugasan perlu difikirkan terlebih dahulu. kemudian ditentukan pula kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil untuk menyiapkan tugasan tersebut.
  • Kontrak akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif / tujuan kerjanya, tahap kerja yang disempurnakan di samping memberi maklumat tentang apa yang patut dilakukan.

SOAL JAWAB

  • Guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
  • Guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan
  • Guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid.
  • Jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula. guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
  • Tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.

0 comments: